AssaLaMuaLaiKuM

Sunday, 16 December 2012

Ustaz      : Kenapa kamu bercouple dengan dia???
Remaja  : Sebab saya cintakan dia la ustaz.
Ustaz      : Apa jadi kalau kamu tak couple dengan dia?
Remaja  : Saya rasa hidup saya tak bermakna ustaz. saya sanggup mati utk dia.
Ustaz      : Boleh kamu tutup hidung dan mulut kamu untuk 15 minit?
Remaja  : Ustaz ni gila ke? mati la saya kalau macam tu.
Ustaz      : ISLAM itu ibarat oksigen kepada manusia. Tanpanya, kamu akan mati.    
                     Bukankah ALLAH telah buktikan cinta NYA kepada seluruh manusia. Kamu  
                     sanggup mati untuk cinta manusia,tapi sanggupkah kamu mati untuk  
                     PENCIPTA cinta itu???

~Jauhi Couple~

~TOLONG INGATKAN AQ~

Tolong ingatkan aq
Andai aq t'lupakan Tuhan
Dalam kealpaan & kesibukan
Dalam kesenangan & kesusahan

Tolong ingatkan aq
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah jangan dilupa
Usah diluka hati & perasaan mereka

Tolong ingatkan aq
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar pesanan
Tapi tarbiyyah b'panjangan

Tolong ingatkan aq
Dengarlah & bacalah Al-Quran
Tika radio penuh hiburan
Tika televisyen penuh Hindustan

Tolong ingatkan aq
Di mana Islamnya zahirku
Jika auratku didedahkan
Disingkat,diketat & dijarang

Tolong ingatkan aq
Jadilah sahabat yg baik
Sentiasa m'beri p'ingatan
Sentiasa m'beri teguran

Tolong ingatkan aq
Kalau b'cinta biar kerana-Nya
Dalam memilih utamakan iman
 Kelak ikatan dihindari syaitan
 
Tolong ingatkan aq
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam p'jalanan
Moga di sana m'jadi bekalan
 
Tolong ingatkan aq.....


Saturday, 15 December 2012

Harta yg paling m'untungkn ialah 'SABAR',teman yg paling akrab ialah 'AMAL',pengawal peribadi yg paling waspada ialah 'DIAM',bahasa yg paling manis ialah 'SENYUM' & ibadah yg paling indah ialah 'KHUSYUK'

Friday, 14 December 2012

~PeRaSaNkaH KiTa~

Perasankah kita,
tgh borak2 agama dgn kwn2 2
ada rasa aq je la yg btul
nk menang dlm b'hujah
2 tandanya ujub sudah dtg
awas!!!

Perasankah kita,
bila tgh xde duit 2 rasa susah,panik,gelabah semcm
2 tandanya hubub (cinta) dunia msih kuat


Perasankah kita,
tgh smbhyg ke,zikir,wirid & lain2
ada rasa nk b'hnti cpt,xnk lma2
pd hal xde ape2 yg nk dibuat lps 2 pun
2 tandanya khusyuk & nikmat lazat b'ibadat jauh lg

Perasankah kita,
dlm mengejar keputusan akademik yg cemerlang
adakah ianya dpt jawatan tinggi,b'gaji bsr 
2 tandanya tdk ikhlas menuntut ilmu

Perasankah kita,
kalau dah tolong org
lps 2 org 2 x ucp terima kasih
selambe jer die blahh
apa kita rasa??marah?merungut?
2 tandanya x ikhlas lg la nk tolong org

Perasankah kita,
duit yg kita simpan & cari bnyk2 
2 sbnrnya bkn duit kita
manalah tw hilang ke,dicuri ke,mati ke
duit kita yg sbnrnya ialah yg kita dh sdkah,zakat
& m'bntu utk kepentingan agama
smua 2 bleh ambil kt akhirat

Perasankah kita,
lps smbhyg jemaah di masjid 
ketika sdg b'jabat salam
prnh x tgok muka dieorg & senyum
kalau xprnh jgn hrp la ukhwah nk dtg
entah2..dgn jiran s'diri pun x mesra

~UNIC~

DOA DHUHA

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...
Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...
Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

      Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah

      Jika di bumi keluarkanlah...
      Jika sukar permudahkanlah
      Jika haram sucikanlah...
      Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu 
Kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan 
Kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

~Edc0usTiC~



SeBiRu HaRi iNi

Sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang
sebiru hari kita
bersama disini
seindah hari ini
indahnya bak permadani taman syurga
seindah hati kita
walau kita kan berpisah

bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan illahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan terpisah
selamat jalan teman
tetaplah berjuang 
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita
sebiru hari ini

الله◯◯الله◯◯اللهالله◯◯الله◯◯الله
░░░░░░░░░░░░▌║▐░░░░░░▀▀░░
░░░░░░░░░░░░▀▀▀░░░░░░░░░░
░░░░░████░░░██░░██░░░██░░
░░░░██░██░░░██░░██░░░██░░
░░░██░░██░░░██░░██░░░██░░
░░███████░░░██░░██░░░██░░
░░░░░░░███████████░░░██░░
░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░
الله◯◯الله◯◯اللهالله◯◯الله◯◯
الله

⋱ ⋮ ⋰

⋯ ◯ ⋯
(¯`♥´¯)
´*.¸.•´♥

بسم الله الرحمن الرحيم
  أشهد أن لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ
و أشهد أن مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ

SAHABAT KU...
Seseorang yang telah dibimbing oleh ajaran Islam
seharusnya tidak gemar melontarkan kata kasar lagi
menyakitkan hati.

Sungguh..sakitnya badan begitu mudah di ubati namun
sakitnya hati dengan apa kita mengubatinya?

Astaghfirullahal adzim...
terkadang kita meremehkan hal-hal kecil yang ternyata
kelihatan sangat luar biasa. Maka di kala kita menyedarinya
marilah kita muhasabah diri ..
berkatalah yang baik dan santun terhadap sesama dan hindarilah
kata kasar dan cacian yang menyakitkan hati...
Insya-Allah..
 
⋱ ⋮ ⋰

⋯ ◯ ⋯
(¯`♥´¯)
´*.¸.•´♥
سبحان الله

╔╗───────────╔══╗──────╔╗
╠╣╔╗╔═╦═╦═╦═╗║╔╗╠╗╔╗╔═╗║╚╗
║║║╚╣╬╠╗║╔╣╩╣║╠╣║╚╣╚╣╬╚╣║║
╚╝╚═╩═╝╚═╝╚═╝╚╝╚╩═╩═╩══╩╩╝
الله◯◯الله◯◯اللهالله◯◯الله◯◯
الله
 

Wednesday, 5 December 2012

KaLaU DaHi X m'CeCaH kE SeJaDaH






Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan.
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih..

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah ,Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup ?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput ?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan ulat..

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara..

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'.
Sucikanlan dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan..

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi..

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak di bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan..

Justeru bila Dia menyeru ,sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah..

Ayam tak patuk , itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat..

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat.

Sambutlah seruan "Hayya 'alas Solaah"
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan "Hayya 'alal Falaah"
Jalan kemenangan akhirat dan dunia..

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, takhta dan putera
Isteri , kad kredit dan kereta
Kondominium ,saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia..