Tolong ingatkan aq
Andai aq t'lupakan Tuhan
Dalam kealpaan & kesibukan
Dalam kesenangan & kesusahan
Tolong ingatkan aq
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah jangan dilupa
Usah diluka hati & perasaan mereka
Tolong ingatkan aq
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar pesanan
Tapi tarbiyyah b'panjangan
Tolong ingatkan aq
Dengarlah & bacalah Al-Quran
Tika radio penuh hiburan
Tika televisyen penuh Hindustan
Tolong ingatkan aq
Di mana Islamnya zahirku
Jika auratku didedahkan
Disingkat,diketat & dijarang
Tolong ingatkan aq
Jadilah sahabat yg baik
Sentiasa m'beri p'ingatan
Sentiasa m'beri teguran
Tolong ingatkan aq
Kalau b'cinta biar kerana-Nya
Dalam memilih utamakan iman
Kelak ikatan dihindari syaitan
Tolong ingatkan aq
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam p'jalanan
Moga di sana m'jadi bekalan
Tolong ingatkan aq.....
No comments:
Post a Comment